CYBERJAYA: Idea penyelesaian dua negara oleh Israel dan sekutunya adalah satu bentuk penipuan bagi menakluk keseluruhan Palestin. Malah, ia kesinambungan daripada rancangan penjajahan British sejak tahun 1930-an lagi. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, beliau juga melihat idea itu sebagai memberi peluang dan ruang kepada orang Yahudi untuk terus melebarkan kuasanya di Palestin. Justeru, katanya, adalah amat penting bagi orang Islam membuat satu pendirian dan mempertahankan Palestin kerana…










