Penjelasan Agus, Wahab mengelirukan - Che'gu Bard 

Penjelasan Agus, Wahab mengelirukan – Che’gu Bard 

agus
MOHAMAD Agus Yusoff dan Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani dalam sidang akhbar di Bangi baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penjelasan Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff dan Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani berhubung rakaman video berunsur lucah sangat mengelirukan, kata Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Badrul Hisham Shaharin.

Beliau yang lebih dikenali sebagai atau Che’gu Bard berkata demikian setelah mendengar dan meneliti setiap kenyataan bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) itu dan Abdul Wahab dalam sidang akhbar, malam tadi.

Ia susulan namanya dikaitkan sebagai penyebar rakaman video sedangkan Che’gu Bard hanya bertanya jika benar individu di dalam video tersebut adalah Mohammad Agus. 

Beliau menasihati bekas pensyarah itu supaya berhenti mendedahkan lebih banyak maklumat berhubung rakaman berdurasi lebih tiga minit yang telah tular itu. 

BADRUL HISHAM SHAHARIN

Sehubungan itu, Che’gu Bard juga menggesa supaya Abdul Wahab mendedahkan identiti individu digelar ‘Mr. H’ selain menegaskan akan mengemukakan saman, jika mendakwa beliau adalah individu bertanggungjawab menyebarkan rakaman video tersebut.

“Saya tidak kenal Mr. H yang Wahab kata mengupahnya dan cabar Wahab dedahkan. Saya hanya naikkan video yang memang telah tersebar, maka, dengan menuduh saya punca tersebar menyebabkan Agus dan Wahab boleh disaman.

“Video memang sudah viral sejak petang semalam saya naikkan di media sosial saya sebagai pertanyaan untuk mendapat respon sama ada ia benar atau tidak kerana ramai bertanya siapa “Wahab”, namun saya naikkan dengan pertanyaan jika benar, berapa ramai lagi yang berkecelaruan seksual mendapat lantikan politik?

“Alasan rakaman panggilan video tanpa audio juga lucu. Wahab mengaku dia diupah oleh Mr. H, yang juga kakitangan J-KOM. Wahab mengaku video itu benar tetapi mengatakan ia sudah dikerat…video asal yang panjang kita harap Wahab berani keluarkan,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya, semalam. 

Dalam pada itu, kata Che’gu Bard, penjelasan Abdul Wahab bahawa dia merupakan pimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK) menjadikan situasi itu lebih rumit.  

“Adakah ini mengesahkan masalah Agus dengan beberapa individu dalam Pejabat Perdana Menteri itu benar? Siapa pula Mr. H adakah ia orang di bawah pengaruh pejabat PM ingin singkir Agus?

 “Jika wujud dan benar Mr. H lakukan jenayah, berapa dia upah Wahab untuk rakam dan berapa pula Agus upah Wahab untuk mengaku? Sidang media tadi sangat mengelirukan,” katanya.  

Semalam, individu yang dipanggil ‘Wahab’ muncul dalam sidang akhbar bersama Mohammad Agus, bagi menjelaskan rakaman video yang tular melibatkan perbualan lucah antara dua lelaki.

Kata mereka, rakaman video itu telah disunting dan dibingkaikan seolah-olah mereka sedang berbual mengenai perkara intim dan hubungan sejenis, sedangkan hakikatnya ia tidak seperti yang digambarkan. 

Abdul Wahab pula mendakwa dia diarah oleh pegawai atasan yang digelarnya sebagai ‘Mr. H’ untuk merakam perbualan bersama Mohammad Agus. 

Abdul Wahab bagaimanapun memberitahu, isi perbualan dalam video tular  mengandungi unsur lucah itu bukan seperti yang tersebar sebaliknya, katanya, video dirakamnya itu tidak mempunyai audio.

Katanya, pada November 2023, dia telah berjumpa Mr. H di pejabatnya dan beberapa pertemuan diatur oleh individu berkenaan termasuk membawanya ke Pejabat Perdana Menteri dan hotel di ibu negara untuk berjumpa beberapa individu berpengaruh yang disebut Mr. H.

Jelasnya, dia mendapat maklumat bahawa Mohammad Agus terlibat dalam aktiviti tidak bermoral selain dia telah ditugaskan untuk ‘membersihkan’ J-KOM dari dalam.

Baru-baru ini, media melaporkan satu rakaman video perbualan lucah antara seorang lelaki dengan seseorang yang mirip Mohammad Agus dan tersebar di media sosial.

Video berdurasi 3 minit 3 saat itu dikongsi Che’gu Bard menerusi akaun aplikasi Tik Tok miliknya.

Menerusi rakaman video itu boleh didengar secara jelas perbualan sesama lelaki itu melalui panggilan video seperti pasangan kekasih yang sedang ‘memancing’ untuk melakukan hubungan intim.

Menjengah ruangan caption pada video berkenaan, Che’gu Bard mempersoal jika lelaki dalam video itu adalah Pengarah J-KOM lantikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan meletak jawatan.

Mohammad Agus kelmarin mengesahkan telah menghantar surat peletakan jawatan dan diserah kepada Perdana Menteri semalam.

Katanya, keputusan berkenaan dilakukan berikutan beliau menerima tawaran pekerjaan baharu dan bukan disebabkan tekanan oleh mana-mana pihak. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya