Pengusaha beca pasang lagu ikut permintaan pelanggan

Pasang lagu dangdut atas permintaan pelanggan -Pengusaha beca

PADA Mei 2022, Ka Siong berkata, cadangan perkhidmatan tram Bandar Melaka merupakan antara inti pati perbincangan ketika hadir bertemu Mohd. Ali di Istana Melaka. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pengusaha beca hanya memasang lagu mengikut permintaan pelanggan bagi mewujudkan suasana ceria ketika mereka bersiar-siar menaiki ikon pelancongan negeri itu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Persatuan Beca Warisan Melaka, Muhammad Sobri Md. Yaakub berkata, setiap pelanggan mempunyai cita rasa lagu berbeza terutama yang berkeluarga.

Katanya, sebelum ini telah ada inisiatif dilakukan pengusaha beca dengan memainkan lagu-lagu tradisional seperti Dondang Sayang ketika membawa pelanggan.

“Kita pernah cuba memasang lagu tradisional tetapi mereka akan minta kami menukar lagu lain. Sebab itu ada pelbagai variasi lagu dimainkan setiap pengusaha beca kerana mereka hanya mengikut kehendak pelanggan.

“Bagi pelanggan yang menaiki bersama anak-anak mereka mahu kami mainkan lagu yang bersesuaian dengan kanak-kanak. Mereka yang bayar untuk perkhidmatan beca jadi kami ikutkan sahaja,” katanya.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar Banda Hilir di sini mendapati, tiada lagu dangdut dimainkan untuk menarik pelanggan manakala hanya beca yang membawa pelancong sahaja akan memasang lagu.

Sebelum ini Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman meminta 370 pengusaha beca memasang lagu kebangsaan dan lagu tradisional Melaka, bukannya lagu dangdut ketika membawa pelancong.

Tambah Muhammad Sobri, lagu yang dimainkan juga terpaksa dikuatkan sedikit supaya pelanggan dapat mendengar lagu pilihan mereka, susulan pertambahan jumlah beca yang beroperasi.

Sementara itu pengusaha beca yang mahu dikenali sebagai Azman, 44, berkata, dia memberi peluang kepada pelanggan untuk memilih lagu yang hendak dimainkan.

“Kita (pengusaha beca) majoriti ikut pelanggan hendak dengar lagu apa. Pelanggan biasanya memang akan minta lagu.

“Kalau mereka tidak mahu lagu tradisional kita tidak boleh paksa. Terpulang kepada mereka nak dengar lagu apa dan kita akan mainkan,” katanya. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya