BINTULU: Meningkatkan taraf pendidikan belia antara agenda utama yang bakal diberikan keutamaan Iskandar Turkee yang menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, Sabtu lalu. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Iskandar yang bertanding atas tiket Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkata, pentingnya golongan belia pada masa ini sanggup menerima cabaran untuk keluar daripada zon selesa dengan meningkatkan taraf pendidikan dan berhijrah mengutip pengalaman baharu. “Saya akan menggerakkan ahli pemuda…










