PUTRAJAYA: Rayuan kerajaan berhubung perintah untuk membayar ganti rugi RM300,000 kepada bekas Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan kerana penahanannya mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) pada 2015 dibuat secara salah akan didengar pada 6 Mac 2024. Turut didengar pada tarikh sama ialah rayuan Khairuddin yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan berhubung jumlah ganti rugi tersebut. Rayuan tersebut sepatutnya didengar secara dalam talian…










