Pembinaan surau baharu Pondok Pok Kob terjejas, kos binaan meningkat - Utusan Malaysia

Pembinaan surau baharu Pondok Pok Kob terjejas, kos binaan meningkat

SURAU Pondok Pok Kob di Kampung Pantai, Chenor memerlukan sumbangan orang ramai bagi disiapkan sebelum musim tengkujuh dan Ramadan akan datang. – UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: Surau baharu dua tingkat Madrasah Raudah Al-Muhibbin atau lebih dikenali Pondok Pok Kob di Kampung Pantai, Chenor di sini memerlukan dana RM50,000 bagi me­nyiapkan surau tersebut.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Mudir, Barkatullah Mohd. Bahari, 40, berkata, walaupun bahan utama surau itu dibina daripada rumah lama tradisional Melayu tetapi kos upah buka, angkut, bina, simen, pasir dan pendawaian meningkat secara mendadak ketika ini.

Katanya, surau itu sudah 70 peratus siap tetapi kekurangan dana menyebabkan pelaksa­naannya terganggu terutama proses pendawaian dan pembelian alatan elektrik.

“Madrasah ini memerlukan surau lebih luas dan tinggi, bebas banjir kerana pelajar bertambah dan dijadikan pertemuan pendakwah tanah air.

“Sasaran siap dijangka selewat-lewatnya sebelum Ramadan akan datang,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata, rumah lama tradisional Melayu Pahang yang diwakafkan waris pemiliknya itu mempunyai struktur kukuh dan kayu keras jenis cengal serta resak tidak dimakan anai-anai.

Katanya, rumah itu milik Bilal Bakar dari Kampung Pesagi dan Manja Adam dari Kampung Macang Gelap.

“Struktur bangunan di­lerai dan diangkut ke tapak baharu di sebelah surau seorang wali Allah­ dikenali Imam Salam di Kampung Pantai sekitar abad ke-17 yang menjadi penyebar Islam di Pahang dan nusantara.

“Kayu yang digunakan pemilik asal dengan ukiran menarik lambang kesenian warisan Pahang masih kukuh walaupun berusia ratusan tahun ditinggalkan,” katanya.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Te­tuan Surau Kampung Pantai, 06028010068535 (Bank Islam). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya