Pembangkang jangan sombong - Anwar - Utusan Malaysia

Pembangkang jangan sombong – Anwar

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali meminta pihak pembangkang agar tidak sombong, sebaliknya berbincang dengan baik berkaitan permohonan peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang.

Ia rentetan dakwaan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim kelmarin bahawa kerajaan menggalakkan rasuah dengan meletakkan syarat terhadap peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang.

“Bincang dengan baik, jangan sombong,” jawabnya ringkas ketika ditemui pemberita selepas program Kolokium Madani Perkhidmatan Awam di sini hari ini.

Shahidan sebelum ini mempersoalkan kewajaran peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang disyaratkan dengan meminta sokongan kepada kerajaan terlebih dahulu sebelum peruntukan itu diluluskan.

Shahidan berkata, Perikatan Nasional (PN) sudah mengadakan rundingan membabitkan peruntukan ahli Parlimen pembangkang sebanyak dua kali tetapi jawapannya adalah surat yang dihantar, terdapat beberapa syarat ketat termasuk memberi sokongan sehingga habis penggal, yang tidak wajar berlaku.

Minggu lalu, ahli Parlimen pembangkang memberitahu bakal menghentikan rundingan atau permohonan peruntukan untuk kawasan mereka dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata beliau bertemu dua kali dengan Timbalan Perdana Menteri untuk berbincang mengenai peruntukan kawasan masing-masing. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya