Pemandu jengkaut maut dihempap jentera sendiri  - Utusan Malaysia

Pemandu jengkaut maut dihempap jentera sendiri 

KEADAAN mayat Azman A. Wahab yang maut selepas dihempap jengkaut di Jalan Kolam Udang, Kampung Nyatoh, Setiu, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Seorang pemandu jengkaut maut selepas dihempap jentera tersebut di Jalan Kolam Udang, Kampung Nyatoh, sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang, mangsa, Azman A. Wahab, 44, dari Kampung Din, Maras, Batu Rakit, Kuala Nerus maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintenden Affandi Hussin berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku semasa jengkaut yang dipandu mangsa telah mengalami kerosakan pada bahagian rantai.

“Mangsa telah meminta tolong rakannya untuk memandu, sementara beliau turun untuk melihat kerosakan tersebut. Bagaimanapun secara tiba-tiba jengkaut tersebut mengalami kebocoran pada hidrolik sebelum lengan jentera tersebut telah menghempap mangsa yang berada di hadapan jentera itu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk bedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya