PARLIMEN: KKM jamin isu perolehan hingga kerajaan rugi jutaan

PARLIMEN: KKM jamin isu perolehan hingga kerajaan rugi jutaan ringgit tidak berulang 

ZALIHA MUSTAPHA bercakap kepada pemberita dalam sidang media di Parlimen hari ini.-GAMBAR JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan memastikan sebarang proses perolehan selepas ini dijalankan dengan lebih cekap dan mengikut prosedur ditetapkan, walaupun ketika darurat atau kecemasan pada masa akan datang. 

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, hal ini bagi mengelakkan timbul lagi isu-isu tidak dingini selepas Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dalam laporan prosidingnya mendedahkan berhubung pengurusan wabak Covid-19. 

Sehubungan itu, beliau akan memberi kerjasama kepada PAC termasuk menerima bentuk syor bagi menambah baik urusan berkenaan.

“Kita bekerjasama sepenuhnya dalam memberi jawapan serta apa-apa maklumat diminta PAC. Segala syor diberi oleh PAC juga diambil maklum dan akan mengambil tindakan sewajarnya untuk penambahbaikan pada masa depan, khususnya terhadap proses perolehan.

“KKM akan mengambil pendekatan lebih tegas dan cekap dalam memastikan perolehan walaupun pada waktu darurat atau kecemasan yang perlu mengikut prosedur betul,” katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas terhadap laporan PAC berkenaan Vaksin Luput Tempoh Hayat, Peralatan Ventilator Tidak Dapat Digunakan dan Lebihan Peralatan Perlindungan Diri (PPE).

Semalam, Khairy Jamaluddin menegaskan perolehan ventilator dibuat oleh kerajaan dalam usaha menangani wabak Covid-19 bukan dibuat semasa beliau menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Kesihatan.

Bekas Ahli Parlimen Rembau itu berkata, pembelian peralatan perubatan tersebut dibuat oleh menteri sebelumnya iaitu pada tahun 2020.

Dalam laporan PAC menyaksikan kerajaan kerugian RM505 juta akibat 8.5 juta dos vaksin Covid-19 tamat tarikh luput yang berpunca daripada kurang permintaan dan kelewatan negara menerima vaksin tersebut.

PAC turut mendapati kerajaan tidak boleh mendapatkan ganti rugi terhadap perolehan 104 daripada 136 ventilator rosak yang diterima KKM pada tahun 2020.

Selain itu, laporan PAC turut mendedahkan berlaku lebihan bekalan PPE dipesan selain kira-kira 850,000 penutup but bernilai RM927,000 akan mencapai tarikh luputnya menjelang akhir 2024.

Selain itu, tiada perjanjian bertulis dimeterai antara KKM dan syarikat pembekalan Pharmaniaga Logistics Sdn. Bhd. (PLSB) dan perbincangan, penilaian serta keputusan berhubung perolehan ventilator terpaksa dilaksanakan di luar kebiasaan iaitu melalui aplikasi WhatsApp.

PLSB diarah membuat keputusan pembayaran pendahuluan bagi mendapatkan ventilator walaupun syarikat berkenaan tidak mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam perolehan peralatan perubatan seperti itu.

Pada 16 Februari lalu, menurut siri kedua Laporan Ketua Audit Negara 2021, KKM memesan 136 ventilator berharga RM20.1 juta melalui peruntukan darurat. 

Bagaimanapun didapati ada antara alat berkenaan rosak. Bagaimanapun, dalam situasi seperti itu, PAC tidak menyalahkan KKM semata-mata kerana apa yang berlaku ketika itu kritikal. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN