PARLIMEN: Kementerian Kesihatan diberi masa dua bulan jawab

PARLIMEN: Kementerian Kesihatan diberi masa dua bulan jawab syor PAC 

Mas Ermieyati Samsudin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) memberi masa selama dua bulan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menjawab lima syor yang diberi jawatan kuasa itu. 

Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ia susulan daripada pembentangan laporan prosiding PAC berhubung Pengurusan Wabak Covid-19: Vaksin Luput Tempoh Hayat, Peralatan Ventilator Tidak Dapat Digunakan dan Lebihan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) dibentang sebelum ini. 

“Kami akan menghantar surat kepada KKM nanti. Selepas PAC mengadakan prosiding maklum balas, kami akan membentangkan laporan tindakan susulan berhubung isu ini yang mengandungi maklum balas KKM terhadap syor PAC,” katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Dalam laporan PAC sebelum ini menyaksikan kerajaan kerugian RM505 juta akibat 8.5 juta dos vaksin Covid-19 tamat tarikh luput yang berpunca daripada kurang permintaan dan kelewatan negara menerima vaksin tersebut.

PAC turut mendapati kerajaan tidak boleh mendapatkan ganti rugi terhadap perolehan 104 daripada 136 ventilator rosak yang diterima KKM pada tahun 2020.

Selain itu, laporan PAC turut mendedahkan berlaku lebihan bekalan PPE dipesan selain kira-kira 850,000 penutup but bernilai RM927,000 akan mencapai tarikh luputnya menjelang akhir 2024.

Selain itu, tiada perjanjian bertulis dimeterai antara KKM dan syarikat pembekalan Pharmaniaga Logistics Sdn. Bhd. (PLSB) dan perbincangan, penilaian serta keputusan berhubung perolehan ventilator terpaksa dilaksanakan di luar kebiasaan iaitu melalui aplikasi WhatsApp.

PLSB diarah membuat keputusan pembayaran pendahuluan bagi mendapatkan ventilator walaupun syarikat berkenaan tidak mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam perolehan peralatan perubatan seperti itu.

Pada 16 Februari lalu, menurut siri kedua Laporan Ketua Audit Negara 2021, KKM memesan 136 ventilator berharga RM20.1 juta melalui peruntukan darurat. 

Bagaimanapun didapati ada antara alat berkenaan rosak. Bagaimanapun, dalam situasi seperti itu, PAC tidak menyalah KKM semata-mata kerana apa yang berlaku ketika itu kritikal.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya