KUALA LUMPUR: Seramai 51 kanak-kanak yang berada di bawah institusi seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) belum memperoleh dokumen pengenalan diri setakat Oktober tahun ini. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, JKM bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam urusan permohonan daftar lewat kelahiran, bagi mendapatkan sijil kelahiran. Bagaimanapun, katanya, jika dibanding pada 2022, seramai 2,158 kanak-kanak direkodkan tidak mempunyai dokumen berkenaan. “Kementerian memberi jaminan…