Panik, kereta Erysha Emyra terbakar tiba-tiba - Utusan Malaysia

Panik, kereta Erysha Emyra terbakar tiba-tiba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Erysha Emyra, 23, berhadapan detik cemas apabila kereta yang dipandunya terbakar tiba-tiba.

Menerusi Instagram Story, Erysha menceritakan sempat keluar ke bahu jalan sebelum kereta berjenama miliknya terbakar semasa dalam perjalanan ke tempat kerja.

“Insiden yang sangat trauma terjadi kepada saya hari ini semasa dalam perjalanan ke tempat kerja.

“Tapi Alhamdulillah saya selamat,” tulisnya.

Pelakon Perempuan Itu sempat memanggil bomba ketika api sedang marak namun sayangnya kereta tersebut tetap tidak dapat diselamatkan.

“Sayangnya bila Bomba sampai, kereta saya sudah hangus terbakar. Ia tidak dapat diselamatkan.

“Alhamdulillah, saya keluar daripada kereta tepat pada masanya, cuma saya sangat panik,” ceritanya.

Reda dengan kejadian itu, anak kepada pelakon Noniswara itu turut mengucapkan terima kasih kepada kereta miliknya yang sudah berkhidmat kepadanya selama ini.

“Selamat tinggal kepada kawan biru saya. Terima kasih sudah berbakti kepada saya selama ini,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN