PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beberapa pemimpin utama negara Islam bakal adakan pertemuan dalam masa terdekat bagi membincangkan konflik Palestin-Israel yang disifatkan amat merunsingkan kerana masih belum ada petanda Israel akan menghentikan serangan. Perdana Menteri berkata, beliau sudah pun menghubungi pemimpin negara Arab termasuk Turkiye dan Iran bagi mengadakan perbincangan ekoran tindakan Israel yang secara berterusan mengembangkan wilayahnya setiap tahun dengan menggunakan alasan Hamas. “Kita telah hubungi pemimpin Arab…










