Padah beli lesen palsu p-hailing RM1,200 di Facebook

Padah beli lesen palsu p-hailing RM1,200 di Facebook

PENUNGGANG p-hailing yang ditahan kerana memiliki lesen palsu di Pandan Indah, Ampang Jaya, semalam. - FOTO/IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gara-gara memiliki lesen p-hailing palsu yang dibeli pada harga RM1,200 di Facebook, seorang penunggang motosikal menerima padah apabila ditahan polis.

Mangsa ditahan polis dalam sekatan jalan raya di Pandan Indah, Ampang Jaya, di sini semalam.

Op Sekatan Bersepadu pada 10 pagi itu dijalankan Ibu pejabat Polis Daerah Ampang Jaya bersama Agensi Dadah Kebangsaan dan Jabatan Pengangkutan Jalan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, semasa sekatan dijalankan, seorang lelaki berusia 32 tahun ditahan semasa menunggang motosikal.

“Pemeriksaan lanjut terhadap penunggang motosikal didapati mempunyai lesen memandu palsu.

“Siasatan lanjut mendapati penunggang motosikal yang ditahan itu membeli lesen memandu tersebut di sebuah iklan yang dipaparkan di aplikasi Facebook pada Julai 2021 dengan harga RM1,200,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Azam, lelaki tersebut bersama motosikal telah dibawa balik ke Balai Polis Trafik Ampang untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 108(3)(g) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya