PETALING JAYA: Skuad basikal lebuh raya wanita negara menerima perkhabaran gembira selepas Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) mengumumkan Malaysia mendapat satu slot untuk beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024. Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh berkata, pengumuman UCI itu merupakan sejarah buat basikal lebuh raya wanita kerana mereka akan beraksi buat kali pertama di pentas Olimpik. Amarjit berkata, keputusan UCI itu mengambil kira ranking dunia dan juga…










