Mohd. Shukri enggan layan desakan Abu Bakar - Utusan Malaysia

Mohd. Shukri enggan layan desakan Abu Bakar

MOHD. Shukri Ramli bersama barisan Exco di Kompleks DUN, Kangar, Perlis, hari ini. -UTUSAN.ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli enggan melayan tuduhan dilemparkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri, Abu Bakar Hamzah berhubung pelantikan Exco kerajaan negeri.

Dalam masa sama, beliau juga memaklumkan akan bertemu dengan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas ini bagi membincangkan mengenai perkara itu.

Mohd. Shukri berkata, hubungan Pas dan pemimpin Bersatu termasuk Exco dalam Perikatan Nasional (PN) ketika ini masih baik namun hanya segelintir sahaja yang sering kali membuat kontroversi.

“Setakat ini, dalam PN pun semua ahli jawatankuasa masih lagi boleh kerjasama khususnya wakil rakyat sedia ada, cumanya berlaku sedikit kontroversi dengan beberapa pihak,” katanya ketika ditemui Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, hari ini.

Mohd.Shukri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desakan Abu Bakar yang menggesa Pengerusi PN negeri itu meletak jawatan susulan isu pelantikan Exco kerajaan negeri.

Abu Bakar turut mendakwa tiada perbincangan dibuat oleh Mohd. Shukri dalam mana-mana mesyuarat PN negeri berhubung pelantikan Exco berkenaan.

Mengulas mengenai pertukaran dan penambahan Exco bagi penggal ini, Mohd. Shukri berkata, langkah itu dibuat mengikut kesesuaian dalam melancarkan pentadbiran kerajaan negeri.

Tambahnya, tindakan itu adalah merupakan proses biasa dalam memastikan prestasi kerajaan negeri berada pada tahap memuaskan bagi memberi perkhidmatan buat rakyat.

“Saya harap Exco baharu dan lama dapat meneruskan prestasi terbaik untuk tingkat kemajuan Perlis khususnya menjelang Tahun Melawat Perlis 2024-2025(TMP2024-2025),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya