'Minta maaf, kami tidak mampu jaga bayi ini'

‘Minta maaf, kami tidak mampu jaga bayi ini’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: “Tolong hantar bayi ini ke rumah anak yatim, kami tidak mampu menjaganya.”

Itu antara pesanan dalam nota yang ditinggalkan bersama seorang bayi perempuan berusia enam hari yang ditemukan di hadapan sebuah masjid di Jalan Maktab Gaya, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd. Zaidi Abdullah berkata, bayi yang cukup sifat itu ditemukan seorang imam masjid di dalam sebuah kotak di hadapan masjid berkenaan.

“Berdasarkan nota yang ditinggalkan, bayi cukup sifat itu dilahirkan pada 31 Oktober lalu. Individu yang meninggalkan bayi tersebut memohon maaf kerana tidak dapat menjaga bayinya atas faktor ketidakmampuan.

“Malah, dia juga meminta agar bayi tersebut dihantar ke rumah anak yatim,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, pihaknya membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mendedahkan dan membuang kanak-kanak yang umurnya kurang daripada 12 tahun oleh ibu bapa atau penjaganya.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Susulan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes berkenaan untuk menghubungi balai polis berdekatan atau Pegawai Penyiasat kes Inspektor Hatikah Ahmad ditalian 016-8337246. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN