Mereka tidak berada di tempat kami - Utusan Malaysia

Mereka tidak berada di tempat kami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Penyanyi, Shila Amzah enggan ambil pusing dengan tuduhan netizen yang mengaitkan kegagalan dia dan adiknya, Syahir ke peringkat akhir Famili Duo musim ke-3 sebagai kifarah kepada hubungan dingin mereka dengan ahli keluarga lain.

Kata penyanyi lagu Patah Seribu itu, netizen bebas melemparkan tuduhan namun mereka tidak berdepan situasi yang dihadapi dia dan adiknya pada ketika ini.

“Manusia bukan Tuhan. Yang bercakap negatif tentang kami, mereka tak lalui apa yang kami hadapi. Mereka cuma lihat apa yang kami kongsi di media sosial. Itu pun mungkin hanya 30 peratus daripada apa yang benar-benar berlaku.

“Kifarah atau tidak, semua dari Allah SWT. Kita ini hanyalah hambanya. Jadi saya tak peduli dengan persepsi orang. Mereka tidak ditempat kami. Yang bercakap buruk ini mungkin perlu didik diri sendiri untuk lebih menghormati orang lain.

“Jagalah lisan dan pertuturan. Mungkin tidak kena pada mereka, tapi orang sekeliling mereka,” tegasnya.

Shila dan Syahir gagal ke peringkat akhir program realiti itu apabila tersingkir di peringkat separuh akhir semalam.

Dalam masa yang sama, penyanyi itu memaklumkan tidak menganggap ketiadaan peluang ke peringkat akhir program berkenaan sebagai kegagalan.

Sebaliknya dia lebih memandang ia sebagai rezeki yang tidak ditentukan untuk dia dan adiknya.

“Setiap kali masuk pertandingan, saya tidak pernah meletakkan kemenangan sebagai bench mark. Itu semua rezeki. Sihat dan dapat buat persembahan yang baik juga satu rezeki.

“Tak mara ke final tak bererti gagal. Apa yang kami inginkan dalam pertandingan ini kami dah dapat. Sekecil mana pencapaian kami tetap raikan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Syahir memaklumkan keluarga ada menghubungi dan memberi sokongan sepanjang penglibatan mereka dalam Famili Duo musim ini.

“Adik dan ibu ada hubungi saya dan beri semangat untuk kami. Saya sampaikan juga perkara itu pada Shila,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN