Masdo ungguli carta Spotify, pecah dominasi Siti Nurhaliza - Utusan Malaysia

Masdo ungguli carta Spotify, pecah dominasi Siti Nurhaliza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kumpulan popular, Kugiran Masdo menamatkan dominasi tiga tahun Datuk Seri Siti Nurhaliza apabila menerima jumpa penstriman paling tinggi di aplikasi Spotify untuk 2023.

Masdo menerima jumlah penstriman 60.3 juta menewaskan penyanyi nombor satu negara itu yang mendapat 54.2 penstriman sepanjang tahun.

Masing-masing berjaya merekodkan 6.3 juta pendengar dengan Siti Nurhaliza merentasi 173 negara menerusi ratusan lagu yang malar segar.

Penyanyi Jerat Percintaan itu sebelum ini kekal jaya dengan rekod jumlah penstriman paling tinggi bagi tahun 2017, 2018, 2020, 2021 dan 2022.

Sementara itu, kedudukan ketiga dirangkul Luqman Podolski, keempat Sufian Suhaimi dan Insomniacks di tempat kelima.

Secara global, Masdo berjaya menempatkan diri dalam carta 30 artis menerima jumlah penstriman tertinggi manakala Siti Nurhaliza menduduki tempat ke-50.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya