Maritim Malaysia gagalkan 125 kes cubaan bawa masuk 690 PATI

Maritim Malaysia gagalkan 125 kes cubaan bawa masuk 690 PATI

MARITIM Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menceroboh atau membawa masuk PATI melalui perairan negara. - GAMBAR MARITIM MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menceroboh atau membawa masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui perairan negara.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd. Amin berkata, bagi tujuan itu, pihaknya berjaya mematahkan 125 kes cubaan membawa masuk 690 PATI sepanjang tahun lalu hingga bulan ini.

Jumlah itu melibatkan 51 kes cubaan membawa masuk 413 PATI (2022) dan 74 kes dengan 277 PATI (Januari hingga November 2023).

Tegas beliau, pihaknya komited mengekalkan keselamatan perairan negara daripada ancaman terbabit dengan mengambil tindakan tegas serta terancang.

“Maritim Malaysia akan terus mempertingkatkan rondaan khususnya di kawasan sempadan perairan negara.

“Ini termasuk memperkasa kerjasama dengan agensi-agensi keselamatan yang lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) selain koloborasi dengan pihak berkuasa negara jiran untuk memantau dan mengawal pergerakan yang mencurigakan daripada memasuki ke Zon Maritim Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hamid berkata, kesiapsiagaan Maritim Malaysia berada pada tahap optimum dan terbaik dalam memastikan perairan negara selamat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya