Mangsa banjir di Terengganu tinggal 34 orang  - Utusan Malaysia

Mangsa banjir di Terengganu tinggal 34 orang 

ANGGOTA pasukan penyelamat melakukan pemeriksaan di kawasan terlibat banjir di Kampung Bukit Kenak dan Gong Gucil, Besut, baru-baru ini.  - UTUSAN/WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Hanya tinggal seramai 34 mangsa banjir daripada lapan keluarga berada di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu setakat pukul 4 petang ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu berkata, PPS tunggal di Dungun, iaitu SK Tok Kah telah ditutup sepenuhnya pada pagi tadi.

“Satu-satunya PPS yang beroperasi di daerah Setiu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Rhu Sepuluh kekal dengan jumlah mangsa sembilan orang daripada dua keluarga.

“Di Kuala Terengganu, jumlah mangsa juga kekal 25 orang daripada enam keluarga yang berlindung di SK Atas Tol,” katanya.

Kesemua mangsa di dua PPS itu hanya akan dibenarkan pulang setelah kawasan rumah mereka dipastikan selamat untuk didiami.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui portal https://publicinfobanjir.water.gov.my/aras-air pula melaporkan tiada sungai yang melepasi paras bahaya setakat pukul 4 petang ini.

Bagaimanapun, stesen bacaan di Sungai Chalok di Jambatan Chalok daerah Setiu telah melebihi paras amaran iaitu 8.06 meter (paras amaran 7.7 meter).

“Selain itu, stesen bacaan  Sungai Nerus di Kampung Bukit di daerah Setiu juga masih melepasi paras waspada iaitu 10.71 meter berbanding paras waspada 10.5 meter,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya