Mangsa banjir Dengkil terima RM95,355 bantuan Agihan Rahmah

Mangsa banjir Dengkil terima RM95,355 bantuan Agihan Rahmah

MOHD. Na'im Mokhtar menyantuni sumbangan bantuan kepada mangsa banjir di PPS SMK Dengkil, Selangor. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DENGKIL: Seramai 432 mangsa banjir yang berlindung di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sini menerima sumbangan keseluruhan bernilai RM95,355 menerusi Program Agihan Rahmah.

Program Agihan Rahmah itu diselaraskan beberapa agensi dan jabatan di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Mohd Na’im Mokhtar.

Mohd Na’im berkata, sumbangan berbentuk wang tunai, makanan kering, lampin bayi, keperluan wanita dan barangan keperluan harian itu diagihkan di tiga PPS masing-masing di Dewan SMK Dengkil, Dewan Orang Ramai Jenderam Hilir dan Dewan Dato’ Ahmad Razali.

Beliau berkata, antara agensi menyumbang termasuk Yayasan Taqwa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (Yadim), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YaPeim) dan Tabung Haji.

“Petang ini saya hadir menyerahkan sumbangan kepada mangsa banjir dari tiga buah kampung di Dengkil terutama dari Kampung Sri Tanjung dan Kampung Chemperai.

“Kita akan memastikan agensi dan jabatan agama menjadi pendahulu dan sentiasa prihatin dengan musibah dihadapi rakyat,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan Program Agihan Rahmah di PPS Dewan SMK Dengkil, di sini petang tadi.

Katanya, beliau sempat menyantuni mangsa banjir di sini selain memberikan kata-kata semangat kepada mereka supaya kekal tabah menghadapi ujian.

Mohd Na’im berkata, beliau difahamkan, PPS Dewan SMK Dengkil ini didiami pelbagai latar belakang agama dan bangsa dan mereka dilihat saling membantu antara satu sama lain.

Selain itu, katanya, beliau juga dimaklumkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut menyumbang bantuan bernilai RM40,000 kepada mangsa banjir di tiga PPS berkenaan.

Tinjauan di PPS Dewan SMK Dengkil mendapati, mangsa banjir ditempatkan di PPS itu sejak Ahad lalu susulan banjir melanda daerah ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya