Malaysia lakar kejutan tewaskan Switzerland - Utusan Malaysia

Malaysia lakar kejutan tewaskan Switzerland

PEMAIN Malaysia, Nuraslinda (tengah) diasak pemain Switzerland pada Kejohanan Hoki Dalam Dewan Piala Tuanku Zara di Stadium Indera Mulia di Ipoh hari ini. - UTUSAN//MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

POH: Malaysia melakar kejutan besar apabila mengalahkan pasukan pilihan, Switzerland 3-1 dalam Kejohanan Hoki Dalam Dewan Piala Tuanku Zara di Stadium Indera Mulia di sini petang tadi.

Tumpas tiga perlawanan berturut-turut sebelum ini, pemain Malaysia bangkit dengan aksi bertenaga untuk mengejutkan lawan lebih ternama itu.

Jangkaan Switzerland akan mudah melepasi Malaysia nyata meleset apabila segalanya tidak menjadi buat pasukan pilihan itu..

Malaysia membuka jaringan melalui Iren Hussin melalui jaringan padang pada minit kelima.

Jaringan itu menyentak pemain Switzerland yang bangkit memperbaiki permainan mereka.

Begitupun pemain Malaysia nyata tidak mahu menyerah mudah dengan mempertahan kubu mereka daripada cubaan lawan.

Iren mengukuhkan kedudukan Malaysia apabila menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-28.

Switzerland bertindak mengeluarkan penjaga gol untuk menambah pemain padang dalam tindakan dikenali sebagai ‘power play’ dalam sukan ini.

Tindakan itu nyata memakan diri apabila Nor Isahhidun mudah menolak ke dalam gol tanpa penjaga gawang untuk gol ketiga Malaysia pada minit ke-38.

Tamara Trosch merapatkan jurang pada minit akhir tetapi ia nyata sudah terlambat untuk menyelamat Switzerland. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN