Malaysia, Belanda memperkukuhkan hubungan

Malaysia, Belanda perkukuh hubungan

Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya daripada Belanda, Mark Rutte di Kompleks Seri Perdana hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia dan Belanda memperkukuhkan hubungan bagi memperoleh manfaat untuk kedua-dua negara tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertemuannya bersama rakan sejawatnya daripada Belanda, Mark Rutte adalah penting bagi mengadakan perbincangan dan mengukuhkan hubungan dua hala antara dua negara.

Kata beliau, pertemuan empat mata tersebut diadakan di Kompleks Seri Perdana sempena lawatan kerja Perdana Menteri Belanda ke Malaysia.

“Sayugia, kunjungan ini juga membolehkan kami bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa yang terkait dan juga demi kepentingan bersama.

“Antara isu terkait adalah industri kelapa sawit, kerjasama digital, kecerdasan buatan, teknologi semi-konduktor, yang pastinya banyak untuk dikongsikan antara kedua-dua negara.

“Moga hubungan Malaysia-Belanda akan terus bertambah baik dan kukuh pada masa hadapan, Insya-Allah,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN