LKAN: Hentian bas belum penuhi keperluan OKU

LKAN: Hentian bas belum penuhi keperluan OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kemudahan keperluan bagi golongan rentan dan orang upaya upaya (OKU) di hentian bas masih tidak dipenuhi sepenuhnya.

Ia antara isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2022 Mengenai Aktiviti Kementerian/Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Badan-Badan Berkanun Persekutuan.

Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd. Radzi berkata, infrastruktur bagi sampel stesen bas adalah kurang memuaskan kerana masih terdapat stesen bas yang tidak memenuhi keperluan golongan rentan dan OKU.

Katanya, pemeriksaan fizikal telah dijalankan pada 7 Februari hingga 18 April 2022 di hentian bas bagi 18 laluan mendapati secara purata, ketersediaan fasiliti di hentian bas terpilih adalah pada tahap 64.4 peratus. 

“Berdasarkan pemeriksaan tersebut, didapati kemudahan yang disediakan bagi OKU seperti railings, ramp dan embosses masih lagi rendah iaitu masing-masing sebanyak 68.4 peratus, 38.8 peratus dan tujuh peratus,” katanya.

Tambah beliau, penambahbaikan dan pemantapan perkhidmatan pengangkutan awam darat rel dan bas perlu diambil tindakan.

“Kementerian Pengangkutan dan pihak berkuasa tempatan (PBT perlu bekerjasama mengkaji kaedah yang sesuai bagi meningkatkan tahap perkhidmatan rel dan bas supaya pengguna mendapat perkhidmatan yang inklusif, efisien serta boleh dipercayai,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya