Lelaki dikhuatiri lemas di Lawas ketika memeriksa paras air

Lelaki dikhuatiri lemas di Lawas ketika memeriksa paras air

BOMBA Lawas menggerakan pasukan mencari dan menyelamat SAR ke lokasi kejadian yang dianggarkan sejauh 50 km dari balai bomba.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAWAS: Hasrat untuk memeriksa keadaan paras air yang telah menenggelamkan jalan menghubungi Lawas ke Long Sukong bertukar tragedi apabila seorang lelaki hilang dikhuatiri lemas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas, Azman Ibrahim berkata, mangsa dikhuatiri telah dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir kilat, berdasarkan laporan awal rakannya.

“Pihak BBP Lawas teleah menerima panggilan jam 11.30 malam mengenai kehilangan mangsa, iaitu Silas Sudai 63 tahun.

“Difahamkan mangsa dipercayai cuba untuk memeriksa paras air yang telah menenggelamkan jalan yang menghubungi Lawas ke Long Sukong, sebelum dihanyutkan arus deras,” tambahnya.

Kata Azman lagi, usaha awal pencarian mangsa turut dilakukan oleh penduduk di kawasan setempat.

“Pencarian awal turut dilakukan oleh penduduk. Bagaimanapun, setakat ini mangsa masih belum dijumpai.

“Pasukan anggota mencari dan menyelamat (SAR), juga telah dikerahkan ke lokasi pada pagi tadi yang mana terpaksa melalui jalan balak dengan permukaan jalan yang lincin serta keadaan hujan renyai sejauh kira-kira 50 kilometer (km) dari balai,” ujarnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN