Latifah Munirah dari Unimap diiktiraf Top Research Scientist Malaysia - Utusan Malaysia

Latifah Munirah dari Unimap diiktiraf Top Research Scientist Malaysia

RAJA Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil selaku Tuanku Pro Canselor berkenan berangkat menyempurnakan penyampaian skrol kepada seramai 341 graduan daripada Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Elektronik (FKTEN) pada sidang ke-4 Istiadat Konvokesyen Unimap di Dewan Ilmu Kampus Alam Pauh Putra, Arau, Perlis semalam.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Canselor Universiti Malaysia Perlis (Unimap) menitahkan bahawa Prof. Madya Dr. Latifah Munirah Kamarudin dari Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Elektronik universiti itu telah diiktiraf sebagai Top Research Scientist Malaysia (TRSM) 2023 pada Majlis Penganugerahan Felo dan Pengiktirafan TRSM 2023 baru-baru ini.

Titah baginda, pengiktirafan tersebut merupakan satu penghargaan yang cukup bermakna buat Unimap.

“Semoga pencapaian ini akan menjadi pembakar semangat kepada seluruh warga pendidik Unimap khususnya para penyelidik untuk bekerja lebih keras lagi dalam mendidik anak bangsa seterusnya menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara,” titah baginda.

Demikian titah perutusan baginda yang ditayangkan pada skrin disediakan sempena sidang ke-4 Istiadat Konvokesyen Unimap Ke-18 di Dewan Ilmu Unimap, Kampus Alam Pauh Putra di sini, semalam.

Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil selaku Tuanku Pro Canselor berkenan berangkat menyempurnakan penyampaian skrol kepada seramai 341 graduan daripada Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Elektronik (FKTEN).

Turut hadir ialah Naib Canselor Unimap, Prof. Datuk Dr. Zaliman Sauli dan pengurusan tertinggi universiti berkenaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya