Lapan nelayan asing ditahan guna bot nelayan tempatan - Utusan Malaysia

Lapan nelayan asing ditahan guna bot nelayan tempatan

SALAH sebuah bot tempatan yang digunakan nelayan asing ditahan Maritim Malaysia di perairan Kemaman, Rabu dan Khamis lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Lapan nelayan asing dipercayai warga Myanmar berjaya ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) secara berasingan dalam tempoh kurang 24 jam di sekitar perairan Kemaman, dekat sini, Rabu dan Khamis lalu. 

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abd. Rashid berkata, kesemua nelayan berumur antara 24 hingga 47 tahun itu ditahan hasil serbuan berasingan ketika rondaan rutin ke atas sebuah bot nelayan tempatan dan dua buah bot gentian kaca pada hari berkenaan.

Menurutnya, dalam serbuan pertama ke atas sebuah bot nelayan tempatan pada Selasa, pihaknya berjaya menahan lima awak-awak termasuk tekong warga Myanmar yang sedang menangkap ikan pada jarak 16 batu nautika dari Kuala Kemaman kira-kira pukul 2.16 petang. 

“Dalam serbuan kedua dan ketiga iaitu antara pukul 8.20 hingga 8.30 pagi pada keesokan harinya, tiga lagi nelayan asing yang mengendalikan dua buah bot gentian kaca ditahan di sekitar 34 batu nautika dari Kuala Kemaman,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini. 

Rashidilhadi berkata, hasil pemeriksaan mendapati kesemua nelayan asing tersebut gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran menangkap ikan yang sah dan dipercayai melanggar syarat sah lesen iaitu menggunakan kru asing tanpa surat kebenaran bertulis yang sah.

“Kesemua bot dan awak-awak serta hasil laut yang dianggarkan sekitar 500 kilogram dan minyak diesel anggaran 4,000 liter serta peralatan menangkap ikan telah dibawa ke Zon Maritim Kemaman untuk tindakan lanjut,” katanya. 

Rashidilhadi berkata, kes akan disiasat dibawah Akta Perikanan 1985. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya