Lantik lembaga pengarah GLC ikut merit bukan kuota parti politik

Lantik lembaga pengarah GLC ikut merit bukan kuota parti politik-Bung Moktar

BUNG MOKTAR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Lantikan ahli lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) harus dibuat mengikut merit dan bukan kuota parti politik yang memerintah.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, sudah tiba masa untuk kerajaan negeri mengubah strategi dalam melantik ahli-ahli lembaga pengarah GLC di Sabah bagi memastikan syarikat-syarikat itu mampu menjana keuntungan.

Beliau berkata, lantikan ahli-ahli lembaga pengarah GLC perlu dibuat mengikut merit dan latar belakang pengalaman dan bukan berdasarkan kuota parti-parti politik.

Malah jika dilihat beberapa GLC turut memperlihatkan lantikan dalam kalangan anggota keluara dan kroni yang menerima elaun dan gaji yang tinggi. Itu akan menjejaskan sumber kewangan GLC berkenaam.

“Kerajaan negeri perlu melakukan perubahan bagi memastikan GLC lebih kompettif, diuruskan dengan baik agar berorentasikan keuntungan dan berkesan dalam perniagaan yang mereka terokai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Kewangan Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun yang mendedahkan GLC di Sabah lebih banyak mengalami kerugian berbanding memperoleh keuntungan.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata, melihat kepada kenyataan tersebut ia mencerminkan kebanyakan GLC di Sabah berada dakam situasi kewangan yang lemah kerana tidak diurus dengan baik.

Bung Moktar, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag itu berkata, situasi itu berlaku kerana kerajaan negeri tidak mengutamakan kepentingan GLC. Jika dilihat dalam soal pelantikan lembaga pengarah, ia lebih berdasarkan kuota dan bukan keutamaan mengikut merit.

“Keadaan itu menyebabkan pengurusan GLC menjadi tidak bermaya dan lemah dan tidak berdaya saing. Itu sebabnya kebanyakan GLC di negeri ini mengalami kerugian berbanding memperoleh keuntungan,” katanya.

Semalam, Masidi turut mengingatkan GLC bahawa kerajaan negeri bukan pertubuhan kebajikan yang boleh terus membiayai mereka sekiranya GLC itu tidak berjaya memperoleh keuntungan.

Malah, beliau turut memberi amaran bahawa kerajaan akan mempertimbangkan penutupan GLC yang tidak menunjukkan prestasi kewangan yang baik. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN