KUD@Putrajaya 2023 lepasi sasaran transaksi lebih RM12.5 juta

KUD@Putrajaya 2023 lepasi sasaran transaksi lebih RM12.5 juta

RUBIAH Wang menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada pengunjung bertuah, Mohammad Amirul Ashraf Napi yang memenangi hadiah kereta Perodua Myvi pada majlis penutup KUD@Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Penganjuran Karnival Usahawan Desa (KUD) @Putrajaya 2023 berjaya melepasi sasaran kedatangan seramai 1,045,412 pengunjung dan transaksi jualan secara tunai, padanan perniagaan dan tempahan bernilai RM12,504,354.

Sasaran awal Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bagi penganjuran karnival yang berlangsung selama lima hari itu adalah seramai 1 juta pengunjung dengan transaksi jualan bernilai RM10 juta.

Timbalan Menterinya, Datuk Rubiah Wang berkata, KUD@Putrajaya dilihat mencapai impak bukan sahaja dari segi jumlah jualan, malah memberi persepsi positif bahawa kualiti produk usahawan tempatan khususnya usahawan desa setanding produk import luar negara.

“Tarikan utama karnival ialah komponen produk pelancongan luar bandar yang berjaya menambat hati pengunjung dengan memberi peluang mereka menikmati pengalaman bercuti di desa.

“Komponen ini antara sektor pembangunan ekonomi luar bandar yang berpotensi untuk dimajukan, bukan sahaja menjana pendapatan tetapi memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat luar bandar,” katanya ketika merasmikan majlis penutup KUD@Putrajaya di sini hari ini.

Pada majlis itu, beliau menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada pengunjung bertuah, Mohammad Amirul Ashraf Napi yang memenangi hadiah kereta Perodua Myvi.

Dalam pada itu, Rubiah berkata, pengenalan produk pelancongan itu melibatkan penyertaan Lembaga Kemajuan Wilayah di bawah KKDW di seluruh negara serta Program Desa Lestari di samping pengenalan kepada Konsep Desa Sejahtera.

Sebagai fokus utama pelaksanaan KUD @ Putrajaya ini, menampilkan 1,000 usahawan termasuk penjual masakan panas, penjaja kecil yang menjual pelbagai makanan dan minuman dari agensi-agensi di bawah KKDW yang merancakkan program kali ini.

Katanya, majoriti usahawan luar bandar yang terlibat terdiri daripada kategori makanan dan minuman, diikuti fesyen pakaian wanita, lelaki dan kanak-kanak, kecantikan dan kesihatan, kraftangan dan produk pertanian.

“Penganjuran KUD@Putrajaya 2023 yang memasuki edisi kesembilan ini menjadi platform terbaik bagi usahawan desa yang mendapat bimbingan KKDW, agensi dan usahawan luar bandar berpotensi yang memerlukan bantuan khidmat nasihat dalam meningkatkan produktiviti dan mengembangkan perniagaan masing-masing.

“Ia bukan sekadar mampu memperkasa masyarakat perdesaan dengan aktiviti perniagaan, malah dapat menyantuni masyarakat secara keseluruhannya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya