KIRA mahu jadi contoh, ikutan parti politik lain

KIRA mahu jadi contoh, ikutan parti politik lain

ANWAR Ibrahim (tengah) bersama isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Rafizi Ramli (kiri) memotong kek semasa Majlis Makan Malam Koperasi Keadilan di Hotel InterContinental di Kuala Lumpur, malam ini. - FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Koperasi Keadilan Berhad (KIRA) ingin membuktikan bahawa tanpa bantuan daripada kerajaan, mereka tetap dapat menjalankan aktiviti dengan baik.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, beliau yakin koperasi adalah model yang baik untuk menggerakkan ekonomi dalam kalangan akar umbi rakyat.

Kata beliau, KIRA ingin membuktikkan bahawa mereka mampu menjalankan perniagaan yang kewangannya mampan.

“Kita sedang membangunkan beberapa model yang berdasarkan kewangan Islam, menggunakan konsep Muzakarah. Sudah tentu perlu melalui proses yang ketat dan perlu ada satu model perniagaan mampan.

“Kalau kita berjaya buktikan ini, saya berharap ia akan menjadi ikutan oleh bukan sahaja masyarakat tetapi parti-parti politik lain,” katanya semasa menyampaikan ucapan di Majlis Makan Malam KIRA di sini, malam ini.

KlRA yang didaftarkan secara rasmi di bawah Akta Koperasi 1993 pada 31 Januari 2023 dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim awal, tahun ini.

Penubuhan KIRA menjadikan PKR sebagai parti pertama yang menjaga kebajikan ahlinya dengan memperkenalkan model perniagaan koperasi.

Mengulas lanjut, Rafizi yang juga Timbalan Presiden PKR berkata, KIRA mempunyai beberapa sasaran yang ingin dicapai pada suku tahun pertama tahun hadapan.

“Kita akan melancarkan kedai KIRA yang pertama dan pusat penjagaan serta asuhan kepada kanak-kanak.

“Kita juga sedang pertimbangkan pasaran untuk penjagaan orang tua,” katanya.

Beliau berharap ia akan membantu membuka peluang baharu untuk terus berkhidmat pada masyarakat.

“Bukan semata-mata melalui jalan politik tetapi melalui jalan sebagai perusahaan sosial,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya