GEORGE TOWN: Pengalaman berdepan detik cemas apabila kereta yang dipandu bapa rosak ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang untuk menghantarnya mendaftarkan diri ke Universiti Sains Malaysia (USM) empat tahun lalu masih segar di fikiran Andi Arnaisah Andi Arnis, 24, hingga ke semalam. Bertitik-tolak daripada insiden itu menguatkan semangat anak kelahiran Kampung Kunak di Tawau, Sabah itu untuk mengubah nasib keluarganya dengan belajar bersungguh-sungguh. Kata Andi Arnaisah, dia masih terbayang bapanya,…









