Kerajaan Terengganu hilang hasil RM82.5 juta cukai pintu - Utusan Malaysia

Kerajaan Terengganu hilang hasil RM82.5 juta cukai pintu

WAN SUKAIRI WAN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu kehilangan hasil sebanyak RM82.5 juta daripada kutipan cukai pintu rumah kediaman bagi tempoh 2018 hingga 2023.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pengecualian cukai pintu rumah kediaman adalah antara manifesto Pas yang ditawarkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada tahun 2018.

Menurutnya, sebaik sahaja memenangi PRU14, kerajaan negeri pimpinan Pas terus melaksanakan janji tersebut.

“Sepanjang tempoh itu, kerajaan negeri Terengganu telah kehilangan hasil RM82.5 juta yang sepatutnya dikutip oleh tujuh PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) di seluruh negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Khazan Che Mat (Bersatu-Seberang Takir) yang ingin tahu berapakah jumlah hasil kutipan cukai pintu rumah kediaman yang sepatutnya dikutip kerajaan negeri semenjak manifesto itu dilaksanakan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di Wisma Darul Iman hari ini.

Mengikut data, pada tahun 2018, kutipan cukai pintu rumah kediaman yang sepatutnya dikutip ialah RM9.7 juta, tahun 2019 (RM12.73 juta), 2020 (RM13.87 juta) dan tahun 2021 (RM14.56 juta).

Pada tahun 2022 pula, hasil yang sepatutnya dikutip meningkat kepada RM15.27 juta dan tahun 2023 sebanyak RM16.38 juta.

Menjawab soalan tambahan Khazan sama ada kerajaan negeri berhasrat membuat kutipan cukai pintu rumah kediaman itu secara bersasar selepas ini kerana jumlah kehilangan hasil itu agak besar pula, Wan Sukairi berkata, ia akan dipertimbangkan.

“Kerajaan negeri menerima banyak cadangan dari pelbagai pihak agar melaksanakan semula cukai pintu ini secara bersasar.

“Kita akan mengkaji cadangan-cadangan itu terlebih dahulu sebelum membuat apa apa keputusan muktamad,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya