Kemaman untuk orang Kemaman - Raja Mohamed Affandi

Kemaman untuk orang Kemaman – Raja Mohamed Affandi

RAJA Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor (kanan) dan Ahmad Samsuri Mokhtar bergambar setelah diumumkan bertanding bagi Pilihan Raya Kecil Kemaman di Dewan Berlian Utama, Majlis Perbandaran Kemaman, Terengganu, hari ini. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: “Saya balik ke sini sebagai orang Kemaman dan saya akan berbakti untuk orang Kemaman kerana saya orang Kemaman.”

Demikian tegas calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang menyatakan bahawa Kemaman untuk orang Kemaman.

Beliau berkata, fokusnya bertanding pada PRK itu hanya satu iaitu untuk memperoleh kemenangan. 

“Fokus saya satu sahaja, untuk menang. Yang lain adalah kaedah dan cara untuk mendapatkan kemenangan,” katanya ketika ditemui selepas majlis penamaan calon di Dewan Berlian Utama, Majlis Perbandaran Kemaman di sini, semalam.

Raja Mohamed Affandi berkata, setelah memasuki dewan penamaan calon, beliau berasakan seoalah satu medan untuk kembali ‘berperang’.

“Tapi perang dalam bentuk yang lain dan saya rasa dengan medan yang baik dan terurus, tidak mustahil kita akan alihkan warna biru di Kemaman, insya-Allah,” katanya.

PRK Parlimen Kemaman, 2 Disember ini menyaksikan pertembungan sengit satu lawan antara calon BN dan Pas.

BN diwakili Raja Mohamed Affandi manakala Pas menampilkan Menteri besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar. 

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu, Alias Che Hamid (Pas) menang dengan majoriti 27,179 undi dengan meraih 65,714 undi dalam pertarungan empat penjuru.

Alias berjaya menewaskan calon BN, Datuk Seri Ahmad Said yang meraih 38,535 undi dan dua calon lain iaitu calon Pakatan Harapan (PH), Hasuni Sudin yang mendapat 8,340 undi manakala calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Rosli Ab. Ghani hanya memperoleh 506 undian.

PRK Kemaman diadakan susulan Mahkamah Pilihanraya Terengganu membatalkan kemenangan Alias pada 26 September lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya