Kakak disambung reman bantu siasatan bunuh adik OKU

Kakak disambung reman bantu siasatan bunuh adik OKU

KENDERAAN polis yang membawa wanita pembantu farmasi keluar daripada Mahkamah Majistret Sungai Petani selepas selesai proses sambung reman hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang kakak yang ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh membabitkan adiknya di rumah sewa mereka di Bandar Puteri Jaya pada Isnin lalu disambung reman tujuh hari lagi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, wanita berusia 36 tahun itu disambung reman sehingga Jumaat ini susulan perintah remannya selama lima hari yang bermula Isnin lalu berakhir semalam.

“Reman disambung untuk siasatan lanjut pihak kita selain menunggu keputusan daripada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Isnin lalu, seorang wanita orang kurang upaya (OKU) ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah bilik yang disewa bersama kakaknya di Bandar Puteri Jaya di sini.

Kata Zaidy, kakak mangsa mendakwa menemui adiknya dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan kesan darah pada hidung dan mulutnya selepas pulang dari tempat kerjanya pada pukul 7.30 pagi pada Ahad.

Disebabkan takut dan panik, kakaknya merahsiakan kematian adiknya berusia 29 tahun itu dan sanggup tidur semalaman sebelum melaporkan kejadian itu kepada pihak polis pada pukul 2 petang keesokan harinya.

Siasatan lanjut pihak polis terhadap tubuh mangsa kemudiannya menemui kesan lebam dan luka dan mangsa dipercayai meninggal dunia lebih 24 jam selepas mayatnya ditemukan.

Susulan itu, kakak mangsa yang bekerja sebagai pembantu farmasi di sebuah hospital swasta di sini ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN