KUALA NERANG: “Kak long baliklah, setiap hari selama lapan tahun mak sebut nama kak long, tunggu kak long di pintu rumah, pulanglah sementara mak dan ayah masih ada” Demikian rayu Che Safuan Abd. Rahman, 61, kepada anak sulungnya, Siti Mariah Hamzah, 39, yang hilang tanpa khabar berita sejak lapan tahun lalu. Menurut Che Safuan, Siti Mariah yang merupakan graduan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), dalam bidang kaunseling menghilangkan diri selepas bekerja…









