Isu Palestin-Israel bakal dibincang bersama Naib Presiden China lawat Malaysia

Isu Palestin-Israel bakal dibincang bersama Naib Presiden China lawat Malaysia

Wisma Putra
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Naib Presiden China, Han Zheng mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula hari ini hingga 11 November ini bersempena ulang tahun ke-10 Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia- China pada tahun ini.

Menurut Wisma Putra, Han Zheng dijadualkan menghadiri Majlis Sembah Menghadap kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

“Beliau juga akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selain menghadiri majlis makan malam anjuran Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

  1. “Antara perkara yang akan dibincangkan ialah isu dua hala sama ada serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama, kerjasama dalam industri halal dan konflik Palestin-Israel.

“Perbincangan turut melibatkan perkara berkaitan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China yang akan disambut pada tahun 2024,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Wisma Putra berkata, Han Zheng juga dijangka melawat Automotive Hi-Tech Valley (AHTV) di Tanjung Malim, Perak dan Pulau Pinang.

Sejak sedekad lalu, China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia di mana pada tahun 2022 jumlah dagangan antara Malaysia dan China bernilai RM487.13 bilion menyaksikan
peningkatan sebanyak 15.6 peratus berbanding tahun 2021.

China juga merupakan pelabur langsung asing terbesar di Malaysia bagi tahun 2022 dengan pelaburan berjumlah RM55.4 bilion. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya