Insiden itu tidak patut berlaku - Loke

Insiden itu tidak patut berlaku – Loke

ANTHONY Loke melakukan gimik pelancaran Pelan Anti Rasuah Organisasi pada Perhimpunan Bulanan MOT di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan (MOT) amat kecewa dan dukacita di atas insiden gangguan bekalan kuasa bagi Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya, semalam.

Menterinya, Anthony Loke berkata, insiden itu tidak sepatutnya berlaku kerana MRT Laluan Putrajaya baru sahaja dibuka dan beroperasi Mac lalu.

Bagaimanapun, pihaknya akan merujuk kepada kontraktor utama laluan MRT, MMC – Gamuda untuk melihat punca sebenar insiden berkenaan memandangkan perkhidmatan itu masih berada dalam tempoh liabiliti kecacatan.

“Kami mahu laporan lengkap mengenai insiden itu dan kita dukacita kerana laluan itu baru dibuka dan tidak sampai setahun beroperasi

“Gangguan bekalan kuasa ini perlu diberikan perhatian serius oleh Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana),” katanya ketika ditemui pada Majlis Sinaran Kasih Madani dan Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan di sini, hari ini.

Katanya, pihaknya meminta laporan penuh insiden daripada pihak Prasarana untuk dibentangkan pada mesyuarat Jemaah Menteri dijangka pada Jumaat ini.

Semalam, perkhidmatan MRT laluan Putrajaya mengalami kelewatan jadual perjalanan akibat gangguan bekalan kuasa di antara Stesen Conlay dan Stesen Chan Sow Lin.

Gangguan itu menyebabkan dua buah tren yang berada di kawasan berkenaan tidak dapat beroperasi kerana terputus bekalan kuasa di kawasan tersebut.

Susulan itu, perkhidmatan rel alternatif diaktifkan dimana tren dari Kwasa Damansara berpatah balik di Stesen Raja Uda manakala tren dari Putrajaya Sentral berpatah balik di Stesen Chan Sow Lin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya