Pengangkutan awam bakal guna Sistem Pembayaran Terbuka 

Pengangkutan awam bakal guna Sistem Pembayaran Terbuka 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) merancang untuk melaksanakan Sistem Pembayaran Terbuka bagi semua rangkaian perkhidmatan pengangkutan awam rel dan bas.

Ia termasuk pengangkutan awam di bawah kendalian Rapid Bus di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Kuantan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pembangunan Sistem Pembayaran Terbuka   dilaksanakan secara berperingkat bermula tahun ini  hingga 2026.

“Apabila selesai pembangunan sistem, bayaran melalui Touch’N Go, kad debit atau kredit akan boleh digunakan pelanggan pengangkutan awam,” katanya dalam jawapan lisan di Parlimen semalam.

Beliau menjawab soalan Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) yang ingin tahu adakah bas Rapid Penang akan menggunakan cara pembayaran selain daripada tunai, seperti Touch’N Go, kad debit atau kredit berikutan ketika ini hanya dibenarkan menggunakan tunai yang agak ketinggalan dan menyukarkan pelancong.

Anthony menjelaskan, ketika ini warganegara Malaysia yang menjadi pengguna pengangkutan awam di Pulau Pinang digalakkan untuk melanggan Pas Mutiara My50.

“Pas Mutiara My50 berkenaan diberi subsidi sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

“Pengguna hanya dikenakan bayaran RM10 untuk penggunaan kali pertama dan menikmati perjalanan tanpa had di semua laluan bas Rapid Penang selama 30 hari berturut-turut secara percuma,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN