KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen dan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dikatakan telah menandatangani satu Akuan Bersumpah (SD) bagi mengikat wakil rakyat parti itu supaya kekal setia serta tidak mengambil langkah bertentangan dengan perlembagaan parti. Sumber mendedahkan kepada Utusan Malaysia, SD berkenaan ditandatangani sewaktu pemukiman yang diadakan minggu lalu, tetapi tidak dijelaskan lokasinya. “Ada yang hubungi saya, ada tak saya dipanggil untuk tandatangan SD? Saya kata kenapa? Kemudian dia…