Individu kompeten perlu ketuai J-KOM

Individu kompeten perlu ketuai J-KOM

MOHD. PUAD ZARKASHI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan perlu melantik seseorang yang kompeten untuk mengemudi Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) bagi memastikan segala apa yang dilakukan oleh kerajaan dapat disampaikan kepada rakyat dengan baik.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, jentera penerangan kerajaan yang masih lemah perlu kembali dikuatkan bagi memastikan rakyat tidak terpedaya dengan tohmahan pihak pembangkang.

Kata beliau, seseorang yang sesuai perlu diletakkan untuk menggerakkan J-KOM untuk memberi penerangan mengenai usaha-usaha kerajaan berbanding mempromosi perkara yang tidak sepatutnya.

“Baru kamu tahu kerenah bila jadi kerajaan, giliran kamu jadi defensif, jadi pembangkang cakap lebih senang dari buat. Boleh cakap apa sahaja. Ini yang dihadapi oleh UMNO dulu, rakyat lebih percaya tohmahan. Mereka percaya pada ‘formula’, maka telan sahajalah. Kebenaran datang kemudian.

“Tun M (Tun Dr. Mahathir Mohamad) boleh bertahan 22 tahun, ketika itu media sosial belum kuat. Akhirnya kerana media sosial dia boleh bertahan 22 bulan sahaja. Sebab itu untuk tiga tahun pertama ini formula ekonomi kerajaan mesti dapat dirasai oleh rakyat,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Terdahulu, media melaporkan, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff  menghantar surat peletakan jawatan sebagai Ketua Pengarah J-KOM kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selepas itu satu rakaman video perbualan lucah antara seorang lelaki dengan seseorang yang mirip Mohammad Agus tersebar di media sosial.

Video berdurasi 3 minit 3 saat itu dikongsikan Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Che’gu Bard menerusi akaun aplikasi Tik Tok miliknya sebelum dipadam.

Namun, Mohammad Agus dan individu terlibat, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani, 33, menafikan ketulenan video perbualan lucah tersebut dan mengatakan ia sudah disunting lalu disebar dengan sengaja oleh pihak tidak bertanggungjawab. –UTUSAN

 

 +

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya