Ibu tunggal ditahan bantu siasatan kematian anak lelaki - Utusan Malaysia

Ibu tunggal ditahan bantu siasatan kematian anak lelaki

ABDUL ROSAK MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Seorang ibu tunggal berusia 27 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes kematian anak lelakinya di Klinik Kesihatan Kampung Raja, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Abdul Rosak Muhammad berkata, polis menerima laporan kematian  kanak-kanak berusia setahun lima bulan itu di klinik kesihatan berkenaanzura pada pukul 10.16 pagi 

“Siasatan telah dijalankan dan mendapati kanak-kanak tersebut dipercayai  diserahkan kepada seorang lelaki iaitu rakan ibunya untuk dijaga pada pukul 4 petang Selasa lalu dan dan dihantar semula kepada ibunya kira-kira pukul 7.30 pagi keesokannya.

“Ketika dihantar rakan ibunya, mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri serta mempunyai kesan lebam di beberapa anggota badan,” katanya, di sini, hari ini.

Menurut Abdul Rozak, hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati terdapat kebocoran usus kecil pada kanak-kanak yang menyebabkan kematian. 

Bagaimanapun, tambahnya, punca kebocoran usus belum dapat dipastikan sama ada disebabkan trauma atau jangkitan kuman dan sampel dihantar ke makmal.

Susulan itu, katanya, ibu kanak-kanak tersebut telah ditahan bagi membantu siasatan.

Menurutnya, pihak polis juga masih mengesan seorang lelaki iaitu rakan ibu kanak-kanak tersebut bagi siasatan lanjut.

“Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya