Ibu menyesal abai anak sebab dadah

Ibu menyesal abai anak sebab dadah

SURIANA antara 15 banduan di Penjara Sungai Udang, Melaka yang dilepas secara berlesen sempena sambutan Deepavali. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: “Perkara paling teruk yang pernah saya lakukan semasa menjadi penagih dadah adalah mengabaikan anak-anak”.

Itu luahan bekas banduan, Suriana, 42, (bukan nama sebenar) yang nekad berubah demi empat anaknya setelah 15 tahun terjebak dengan najis dadah.

Katanya, dia kesal apabila tidak dapat memberikan perhatian dan kasih sayang secukupnya kepada anak-anaknya yang kini sudah berusia 16 hingga 22 tahun.

“Saya kerap keluar masuk penjara sejak 2019 kerana kes dadah. Saya telah berpisah dengan bekas suami dan kami hanya tinggal di rumah sewa, sementara anak-anak masih bersekolah.

“Disebabkan tiada siapa yang menjaga mereka, keluarga bekas suami sanggup bawa anak-anak ke kampung sementara menunggu saya dibebaskan. Saya ambil mereka selepas itu tetapi tidak lama kerana ditangkap dan dipenjarakan semula,” katanya ketika ditemui pada Program Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) Ihsan Madani di Penjara Sungai Udang di sini, hari ini.

Tambah Suriana, anak-anaknya sangat kecewa dengan dirinya apabila tidak serius mengotakan janji untuk berubah.

Katanya, pandangan anak-anak mula berubah apabila dia sendiri ke balai polis untuk menyerah diri bagi menyelesaikan kes lampau yang dihadapinya.

“Saya tidak mahu lagi hidup seperti ini. Anak-anak memberi semangat kepada saya untuk menyerah diri dan mereka berjanji akan menunggu saya.

“Harapan saya selepas ini mahu tinggal bersama mereka di Terengganu. Saya nasihatkan jangan jadi seperti saya, mujur anak-anak sudi terima semula jika sebaliknya tidak tahu di mana penghujungnya,” katanya.

Sementara itu, bekas banduan yang mahu dikenali sebagai Jay, 32, berkata, dia bersyukur apabila diterima keluarga walaupun telah empat kali ke penjara.

Katanya, adik-beradik sentiasa memberi sokongan dan telah mempunyai perancangan untuk dirinya bagi memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik.

“Saya gembira kerana dapat bebas lebih awal dan nekad untuk berubah kerana tidak mahu lagi menghampakan ayah serta ibu. Selepas ini saya akan cari kerja dan tinggal bersama dengan keluarga di Batu Pahat, Johor,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya