Hariz Hamdan minta jangan diamkan isu gangguan seksual - Utusan Malaysia

Hariz Hamdan minta jangan diamkan isu gangguan seksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon meningkat naik, Hariz Hamdan kedepan menceritakan kepada media pengalamannya berhadapan gangguan seksual di set penggambaran yang bukan sahaja datang daripada pelaku perempuan, malah lelaki. 

Hariz ketika ditemui berharap mana-mana pelakon, khususnya yang meningkat naik tidak mendiamkan sebarang gangguan seksual yang mereka hadapi.

“Gangguan seksual boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, bukan hanya pelakon. Saya percaya ramai yang pernah mengalaminya.

“Cuma nasihat saya, jangan ambil ringan perkara ini. Usah biarkan kerana jika didiamkan, pelaku akan menjadi semakin berani dan terus melakukan gangguan yang sama, setiap hari tanpa rasa bersalah.

“Jadi, jangan sesekali ambil enteng perkara ini kerana lama kelamaan emosi mangsa yang berdepan gangguan sebegini akan terjejas. Fikir-fikirkan dan ambil tindakan sekiranya anda berdepan gangguan seksual,” katanya selepas menamatkan larian menamatkan acara larian Meta Time Trial Asics Malaysia di Putrajaya, baru-baru ini.

Terdahulu pelakon berusia 21 tahun ini memperincikan kepada media jenis gangguan yang dihadapnya sebelum ini. 

Kata Hariz, ada yang tanpa segan silu berterus terang menyatakan hasrat dan kemahuan untuk melempiaskan keinginan seksualnya dengan pelakon berkenaan.

“Gangguan seksual memang berlaku di set penggambaran. Kebanyakannya yang saya terima adalah secara verbal.

“Saya berusaha untuk elak dan kalau boleh tak mahu bawa perkara itu kedepan. Saya cuba terima ia sebagai gurauan agar saya tidak terlihat terlalu agresif ketika menolak gangguan sebegini.

“Cuma kalau keterlaluan, saya akan serta merta halang dan jauhkan diri daripada individu terbabit. Saya masuk industri kerana mahu cari rezeki. Kalau boleh saya nak elakkan perkara-perkara tak elok seperti ini,” ulasnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN