Mekar dalam diam

Mekar dalam diam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Saya membesar dengan tiga suara wanita dalam rumah yang jarang bercakap tentang perasaan, tapi selalu tahu bila masa yang tepat untuk menunjukkan rasa cinta itu. Ibu saya, dengan cara diamnya di samping kakak-kakak saya, dengan caranya yang sedikit memberontak tapi cepat lembut semula.

Dalam rumah kami, cinta itu bukan sesuatu yang disebut setiap hari. Ia muncul dalam ayat-ayat biasa seperti, “Mak ada lauk, nanti balik makan.” atau “Datanglah rumah.” Ayat yang nampak ringkas, tapi sebenarnya penuh makna. Itu cara mereka berkata rindu, cara mereka menjaga tanpa perlu mengaku.

Hubungan ibu dan anak perempuan memang begitu. Ada perkara yang tidak pernah diucapkan, tapi sentiasa difahami. Mereka boleh bergaduh tentang hal kecil, tapi tetap saling mencari bila sunyi. Macam bunga yang mekar tanpa bunyi, tapi tetap kita nampak cantiknya.

Saya selalu teringat bait puisi Usman Awang tentang kasih yang tidak meminta balasan. Dalam diam, itulah yang saya lihat antara ibu dan kakak saya. Sempurna di mata saya dan jujur.

Raya datang lagi dan suasananya selalu membawa kita kembali kepada perkara yang paling asas. Keluarga, tradisi dan cara kita memilih untuk hadir dalam hidup satu sama lain.

Tahun ini, saya tertarik dengan koleksi Petra Lebaran ‘26 yang membawa tema Blooming in Lebaran.

Ia terasa dekat kerana bukan sekadar tentang fesyen, tapi bagaimana dua generasi berkembang bersama dan saling melengkapi.

Kurung Kedah Arlene misalnya, ada keindahan yang tidak dibuat-buat. Potongannya klasik, tapi diberi nafas baru yang segar. Trim scallop yang halus, lengan puff yang memberi sedikit drama lembut dan potongan duyung yang jatuh anggun. Ia ringan, selesa dan bergerak dengan tubuh tanpa rasa terpaksa.

Bila si ibu pakai, kelihatan tenang dan matang. Bila anak perempuan pakai versi kanak-kanak, ada keceriaan yang hidup. Dari lengan beropol sampai motif bunga merah jambu atas hijau yang berani, ia seperti dua versi bunga mekar di taman sama.

Kurung Pahang Eleena pula bawa cerita yang berbeza. Lebih tenang dan tersusun, tapi tetap ada pesonanya. Kolar mandarin dengan renda halus, pleats yang bergerak di setiap langkah dan skirt Godet memberi aliran cantik.

Tentang gaya, kadang-kadang kita lupa less is more. Bila motif bunga sudah kuat, jangan tambah terlalu banyak elemen lain. Aksesori biar minimal. Subang kecil dan gelang nipis. Cukup untuk melengkapkan, bukan mengganggu.

Kasut pula pilih yang selesa, sebab raya bukan untuk berdiri cantik sahaja, tapi bergerak dari satu rumah ke rumah lain sambil ketawa.

Untuk rumah terbuka, keseimbangan itu penting. Kalau baju sudah penuh karakter, solekan biar lembut. Kalau baju lebih sederhana, barulah boleh tambah sedikit sentuhan berani.

Sama seperti hubungan ibu dan anak perempuan. Tidak perlu dua-dua kuat pada masa sama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN