KOTA BHARU: Monsun Timur Laut (MTL) yang membawa hujan lebat dan banjir di beberapa kawasan ketika ini menyaksikan beberapa jenis ikan serta sayur mengalami peningkatan harga. Tinjauan Utusan Malaysia di Pasar Siti Khadijah mendapati, harga ikan selayang, selar, kembung dan sayur seperti timun batang, terung serta bendi mengalami kenaikan antara RM1 antara RM3 sekilogram (kg). Peniaga ikan, Mohd. Iswadi Daud, 30, berkata, walaupun berlaku kenaikan, dia tidak berdepan masalah untuk…










