Harga ayam di Melaka serendah RM5 sekilogram

Harga ayam di Melaka serendah RM5 sekilogram

ALLEX SEAH Shoo Chin (tengah) meninjau bekalan telur ayam selepas pelaksanaan SHMMP Deepavali di sebuah pasar raya di Banda Hilir, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Harga ayam di Melaka dijual serendah RM5 sekilogram sejak penamatan subsidi oleh kerajaan pada 1 November lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Allex Seah Shoo Chin berkata, sejak harga ayam diapungkan kerajaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka tidak menerima sebarang aduan kenaikan harga melebihi RM9.40 sekilogram.

Beliau berkata, dalam tempoh sembilan hari, harga ayam paling rendah dicatatkan sekitar RM5 sekilogram dan paling tinggi adalah RM9.40 sekilogram.

“Kita tidak menerima sebarang laporan kenaikan harga ayam yang melampaui batas, sejak harga ayam diapungkan oleh kerajaan.

“Hasil pemantauan daripada pasukan penguat kuasa harga terendah setakat ini ialah RM5 sekilogram dan secara keseluruhannya harga ayam tidak melebihi RM10 sekilogram.

“Selain itu caj-caj pemotongan dan sebagainya tidak lagi dikenakan oleh penjual ayam terutama di Pasar Besar Melaka,” katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali di sebuah pasar raya di sini, hari ini.

Tambah Allex, sebanyak lapan barangan disenaraikan di bawah SHMMP sempena sambutan Deepavali yang berkuat kuasa tujuh hari bermula 9 hingga 15 November ini.

Katanya, barangan tersebut adalah daging kambing biri-biri import bertulang, tomato, cili merah, kelapa biji, kelapa parut, bawang merah kecil India, bawang merah besar import dan kacang dal Australia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya