Gara-gara bertengkar, abang libas adik guna sabit

Gara-gara bertengkar, abang libas adik guna sabit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG : Berpunca daripada pertengkaran sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati, seorang lelaki bertindak melibas adiknya dengan sabit dalam kejadian di Taman Kluang Barat dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi melibatkan Fu Kui Fatt, 42, dan abangnya Fu Kui Ping, 44.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku di rumah Kui Fatt dan berpunca daripada perselisihan faham antara dua beradik itu.

“Hasil soal siasat, Kui Ping mengaku mencederakan Kui Fatt menggunakan sabit dalam pergaduhan itu sebelum dikejarkan ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) menggunakan ambulan.

“Bagaimana pun, kira-kira pukul 2.30 petang semalam, mangsa disahkan meninggal dunia akibat pendarahan yang banyak,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurut Bahrin lagi, akibat daripada kejadian itu, suspek (Kui Ping) ditahan polis kira-kira pukul 2.30 petang semalam untuk membantu siasatan.

Ujarnya, suspek kemudiannya dikenakan tahanan reman selama enam hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN