Fyna Jebat ingin fokus kerjaya selepas cerai, masih berkawan baik dengan bekas suami

Fyna Jebat ingin fokus kerjaya selepas cerai, masih berkawan baik dengan bekas suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Fyna Jebat, ingin membuka lembaran baru kehidupan dengan memberi fokus kepada kerjaya nyanyian selepas penceraiannya dengan bekas jurulatih bola sepak, Datuk Zainal Abidin Hassan.

Fyna atau Nur Shafinaz Jebat, 30, mengakui hidupnya semakin gembira berkat sokongan keluarga dan rakan-rakan selain masih menjaga hubungan baik dengan bekas suami.

“Syukur, saya gembira dengan kehidupan sekarang selain meneruskan kehidupan seperti biasa.

“Jika orang kaitkan saya dengan berita lama, saya tak boleh cakap apa-apa, sebab saya tidak mahu besar-besarkan cerita lampau.

“Apa yang lepas, biarlah berlalu. Saya pun masih bersahabat dengan dia,” katanya.

Fyna ditemui Utusan Malaysia semasa konsert minggu keempat Famili Duo musim tiga (FD3) di Studio Glenmarie, malam tadi.

Tampil dengan imej baharu berambut pendek, Fyna ingin kembali dengan gaya yang lebih segar selain mengimbau penampilannya semasa di program realiti Akademi Fantasia musim sembilan (AF9).

“Tidak benar dakwaan saya berambut pendek kerana bersedih. Sebenarnya, saya sudah berambut pendek sejak dulu lagi terutama ketika awal pembabitan dalam dunia hiburan menerusi pertandingan AF9.

“Jadi itu memang imej saya yang lama, cuma sekarang saya nak tampil semula dengan gaya sebegitu. Lebih ‘fresh’.

“Memang tiada kaitan dengan sesiapa,” tambahnya.

Sebelum ini, anak Zainal Abidin, Zahira Aisyah ada membuat satu hantaran di Facebook dengan memberi bayangan bahawa bapanya sudah bercerai dengan Fyna selain menyifatkan bapanya melakukan ‘keputusan yang tepat’.

Datuk Zainal Abidin Hassan kemudian mengesahkan bahawa dia dan Fyna sudah bercerai secara baik pada Ogos lalu.

Selepas pencerian, Fyna mendiamkan diri selama beberapa bulan dan kakaknya, Ayda Jebat beranggapan adiknya sedang berada dalam tempoh bertenang selepas kemelut rumah tangganya menjadi perhatian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya