ALOR SETAR: Ketika pelbagai pihak merungut mengenai peningkatan harga barangan keperluan dan makanan, Pertubuhan Bank Makanan Malaysia (Food Bank) tidak jemu-jemu menyantuni golongan kurang berkemampuan dengan menyajikan makanan percuma, tiga kali seminggu di pejabat mereka. Menurut pengasasnya, Mohd. Azrul Mohd. Razak, 38, usaha itu dimulakan sejak tiga tahun lalu ketika rakyat di seluruh negara berdepan pandemik Covid-19 hingga menyebabkan ada dalam yang terputus bekalan makanan asas. “Sewaktu Covid-19, kami mulanya…










